manusia mempunyai bermacam-macam ragam

manusia yang kita jumpa sekeliling kita belum tentu manusia itu akan kenal kita dan kita juga belum tentu akan mengenali manusia itu juga. salah satu cara nya adalah kita haruslah menghindarkan diri kita dari menghampiri manusia seperti ini dan jangan membenarkan manusia seperti ini hidup dalam kehidupan kita juga kehidupan orang yang kita sayang.

manusia mempunyai banyak perangai yang kita tidak tahu perangai dan sikap sebenar mereka dan kita hanya akan tahu apabila kita tinggal satu dorm dengan dia ataupun satu rumah dengan dia jika tidak semua manusia akan hidup dengan persepsi yang negative sentiasa. akan tetapi walaupun perkara ini terjadi bukan semua manusia dapat memahami orang lain dan sebagai diri kita sendiri kita tidak boleh mengharap orang faham kita kerana diri kita sendiri pun tidak memahami orang lain.

manusia jika berkawan akan sentiasa menyebut FRIENDS FOREVER tapi bagi sesetengah manusia perkataan itu tidak membawa apa-apa sebarang makna di dalam hidup mereka kerana FRIENDS NOT ALWAYS FOREVER. manusia juga ada yang menjalin hubungan berkawan dengan kawan mereka untuk mengambil kesempatan serta sebagai cara untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan terhadap seseorang. sesetengah juga beranggapan bahawa mereka mempunyai ramai kawan jadi mereka boleh menyampai2 kan cerita antara satu sama lain agar satu hubungan itu berantakan serta masing-masing mempunyai persepsi masing-masing antara satu sama lain itu MENGUMPAT DAN FITNAH.

kadangkala kita tidak tahu apa yang kita lakukan sepanjang hidup kita dan secara tiba-tiba kita dapat sumber mengatakan bahawa ada pihak ini beranggapan sesuatu yang negative setelah sekian lama terhadap kita. kadangkala mungkin itu adalah sesuatu yang melucukan pada mula nya akan tetapi setelah lebih lama mengetahui kita akan berasa marah dan tidak sangka seseorang itu akan berkata begitu terhadap kita dan kita pun tidak sangka ada seseorang akan menyampai cerita yang buruk tentang kita kepada ramai orang sehingga kita dipinggirkan secara tidak sengaja oleh orang ramai.

seperti yang kita tahu manusia ini mempunyai bermacam-macam ragam dan perangai jadi kita haruslah menjaga diri kita daripada tidak terjebak dengan manusia-manusia yang suka membawa mulut juga HIPOKRIK atau lebih dikenali sebagai TALAM 2 MUKA daripada menghampiri kita. hargailah diri anda jika anda tidak berkemampuan untuk melawan atau memperbetulkan persepsi dan persekulasi orang ramai tidak mengapa kerana kita tahu diri kita macam mana dan kita bukanlah seteruk dan sejahat yang mereka fikir kan.

kepada golongan-golongan yang sering kali membuat cerita mengenai orang lain di sekeliling hidup nya dan juga diri nya sendiri untuk menunjukkan bahawa mereka ini adalah seseorang yang pandai berbicara jadi gunakanlah kelebihan berbicara itu mahkamah ataupun di tempat-tempat yang memerlukan anda boleh berbicara sesuka hati anda. akhir kata juga hiduplah bersederhana dan jangan terlampau hendakkan kepopularan dan famous semata-mata dengan butir bicara yang telah di keluarkan. ingat lah jika anda mengumpat mengenai seseorang tidak akan disangka yang orang lain juga mengumpat mengenai anda tanpa anda sedari walaupun kawan baik anda.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL. 

ikhlas dari Senator Profesor Madya Zarra Musa.






No comments:

Post a Comment